Suspek keempat pembunuhan Jong-nam, seorang warga korea utara ditahan

Suspek keempat pembunuhan Jong-nam, seorang warga korea utara ditahan


Polis menahan suspek keempat berkaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Menurut The Star, suspek dipercayai ditangkap selepas serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama kira-kira 11 malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalud Abu Bakar dalam satu kenyataan akhbar, menamakan suspek sebagai Ri-jong Chol, dengan tarikh lahirnya adalah 6 Mei 1970.

Kenyataan itu menambah bahawa suspek mempunyai I-Kad Korea Utara.

Polis sedang mencari tiga lagi lelaki berkaitan dengan pembunuhan itu yang telah menarik perhatian antarabangsa.

Polis menahan suspek pertama yang memegang pasport Vietnam pada Rabu.

Suspek itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2), tempat yang sama Jong-nam meninggal dunia, ketika hendak menaiki penerbangan ke Vietnam.

Suspek kedua, yang memegang pasport Indonesia, ditahan pada hari berikutnya dan teman lelakinya turut ditahan bagi membantu siasatan. Kedua-dua wanita itu ditahan reman.

Suspek kedua, Siti Aisyah, berpindah ke Kuala Lumpur dari Indonesia dan memberitahu rakan-rakan dan keluarganya bahawa dia telah dijemput untuk berlakon filem.

Seorang rakan memberitahu portal Indonesia Detik.com bahawa penggambaraan filem itu akan dijalankan di Korea Utara.

Siti Aisyah dilaporkan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah spa di Ampang tetapi memberitahu penduduk di Indonesia bahawa dia mempunyai pekerjaan "menjual tiket".

Ibunya Benah mengesahkan bahawa anaknya itu boleh berbahasa Inggeris dan Korea walaupun dia tidak tahu yang anaknya bekerja di Malaysia. Benah menyangka Siti Aisyah menjual pakaian di sebuah pasar di Batam.
Isnin lalu, Jong-nam berada di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menutup mukanya dengan kain dicampur dengan apa yang dipercayai racun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter perkhidmatan pelanggan di KLIA2 dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. -Malaysiakini

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..