Kes Pembunuhan Kim Jong-Nam, Polis Buru 7 Suspek


KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu tujuh lagi suspek lelaki bagi membantu siasatan kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Beliau berkata empat daripadanya disahkan warga Korea Utara yang telah melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian iaitu Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55 dan Ri Jae Nam, 57.

“Bagaimanapun kami tidak boleh mendedahkan lokasi negara yang mereka pergi kerana masih dalam siasatan.

“Tiga lagi diperlukan bagi membantu siasatan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, yang juga warga Korea Utara dan dua lagi sedang dikenal pasti oleh pihak kami,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong