Burung merpati digunakan untuk seludup telefon di penjara


Sao Paulo: Pengawal di sebuah penjara di Brazil menangkap seekor merpati dengan telefon bimbit diikat pada badannya.

Pegawai berkata, burung berkenaan digunakan untuk menghantar telefon kepada banduan.

Pengawal bertindak menangkap merpati itu selepas melihat seorang tahanan cuba menangkapnya.


Apabila diperiksa, mereka menemui bungkusan yang diikat pada burung itu, mengandungi telefon dan bateri.

Kejadian berlaku di Penjara Franco da Rocha di negeri Sao Paulo.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa yang menggunakan merpati itu untuk menyeludup telefon berkenaan.

Rusuhan antara kumpulan penjenayah yang meletus di beberapa penjara di Brazil sejak awal tahun ini menyebabkan lebih 140 orang mati.

Pakar berkata, ia berpunca daripada perebutan antara kumpulan dadah untuk menguasai satu daripada pasaran dan laluan penyeludupan kokain paling penting di dunia.

Brazil berkongsi sempadan dengan Colombia, Bolivia dan Peru, tiga negara pengeluar kokain terbesar dunia.

Negara itu mempunyai populasi banduan keempat terbesar di dunia dengan 600,000 tahanan. - HMETRO

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong