Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Bot karam di Kota Kinabalu tiada telekomunikasi dan radar

Kota Kinabalu: "Ketika bot kami menghampiri Pulau Sapi, bot yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China berada di belakang bot yang saya kemudi.

"Bagaimanpun, sebaik tiba di Pulau Mengalum pada 11 pagi hingga kami bergerak pulang ke Jeti Tanjung Aru, pada 4 petang semalam, bot itu tidak kelihatan," kata Arwin Musbir, 24, pemandu bot yang bergerak bersama-sama bot yang hilang, sejak semalam.


Menurutnya, sebelum kejadian dia yang turut membawa pelancong ke Pulau Mengalum bergerak dari Jeti Tanjung Aru jam 9 pagi semalam.

"Saya bergerak sekali dengan bot itu yang membawa pelancong. Saya tidak pasti berapa ramai pelancong di dalam bot itu tetapi ada beberapa kanak-kanak.

"Kali terakhir saya melihat bot itu di Pulau Sapi. Sehingga saya hendak pulang semula ke jeti jam 4 petang semalam, bot itu tidak sampai ke Pulau Mengalum.

"Ketika dalam perjalanan pulang itu, saya menemui beberapa bot lain dan bertanya jika ternampak bot pelancong yang membawa 28 pela…

Tiga maut dalam kejadian bot karam di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU - Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bot pelancong karam di perairan dekat Pulau Mengalum, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din malam ini.

Mereka adalah antara 25 orang yang dijumpai selepas kejadian bot pelancong jenis Catamaran, yang membawa tiga kru dan 28 pelancong China, karam dalam perjalanan dari Jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum semalam.

"Kira-kira 3.30 petang tadi, kami menerima maklumat bahawa dua mangsa telah ditemui di perairan dekat Samarang.

"Kira-kira 6 petang pula, kami mendapat satu lagi maklumat mengatakan 23 mangsa ditemui dekat Samarang tetapi tiga daripadanya mati manakala enam lagi masih dicari," katanya pada sidang berita di sini.

Beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti berikutan masalah perhubungan dengan bot nelayan yang menjumpai mangsa itu.

Ramli berkata tiga mayat itu serta 20 lagi mangsa yang selamat dijangka tiba di Kota Kinabalu awal pagi esok dengan diiringi Pasukan Polis Mar…

Empat lelaki termasuk seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan menyertai rusuhan

Empat lelaki termasuk seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan menyertai rusuhan di Kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa, yang tular di laman sosial, dua minggu lalu.

Empat lelaki yang videonya viral dalam kejadian pukul pemandu lori di Bukit Antarabangsa minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ampang sebentar tadi atas pertuduhan merusuh hingga menyebabkan kecederaan.

Kesemua tertuduh, T Vigneswaran, peniaga, 40; Tengku Hazrul Shah Tengku Hamid, 42; ahli perniagaan; Mohd Neezam Jelani, 34; penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Izakri Zakaria, 38; pemandu peribadi  mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan itu akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.

"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.

"Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.

Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,72, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Menerusi Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham.

"Takziah kepada Puan Sri Jamilah kepada keluarga dan rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem,". Al-Fatihah," tulisnyaAdenan yang juga merupakan Adun Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014 mengantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Abdul Taib  mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari  tahun tersebut, selepas mengemudi Sarawak selama 33 tahun.

Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya, kerjaya politiknya bermula pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dun kawasan Muara Tuang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan.

Dilaporkan beliau memen…