Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Bersih 5: Berlangsung aman

KUALA LUMPUR: Tiada drama! Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.

Kredit : Astro Awani 

Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan mereka termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.

Para penyokong sanggup berbelanja, menginap di hotel-hotel di sekitar ibu negara untuk bersedia bagi perarakan awal pagi dan menyaksikan ibu negara dilanda 'gelombang kuning' selepas lebih 15,000 peserta dari kem Bersih turun ke jalanan untuk menyertai demonstrasi.

Secara purata, para penyokong kebanyakannya pernah menyertai perhimpunan sebelum ini, Ramai juga yang baharu pertama kali menjadi peserta.

Memandangkan banyak jalan-jalan utama menghala ke Dataran Merdeka ditutup mulai jam 7 pagi tadi, peserta lebih senang naik LRT. Kesemua lingkaran LRT di sekitar bandar raya, dibanjiri ribuan peserta Baju Kuning yang memenuhi gerabak kereta api.

Seawal jam 7 pagi, berbondong-bondong 'askar kuning' berkumpul di jalan-jalan sekitar Masjid Jamek di Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang sehingga arahan selanjutnya diterima.

Para peniaga juga mengambil kesempatan ini dengan membuka gerai dan trak makanan  untuk melariskan jualan makanan, minuman dan barangan bercetak 'Bersih' seperti topi, kemeja-T dan instrumen hon, vuvuzuela.

Tanpa ketiadaan ketua penganjur Bersih 5, Maria Chin Abdullah untuk mengetuai perarakan (Baju Kuning), kumpulan penyokong masih tegar, semangat mereka tidak luntur langsung untuk meneruskan aspirasi Maria dan sekutunya.

Para penyokong kelihatan bersemangat sewakttu berarak sambil melaungkan kata-kata seperti "Hidup Rakyat", "Bersih" dan "Bangkit Rakyat".

Kumpulan Baju Merah hampir 'tidak kelihatan' dengan jumlah kehadiran yang sedikit di sekitar Dataran Merdeka, kompleks beli-belah Sogo dan Masjid Jamek.

Polis menganggarkan sejumlah 2,500 peserta Baju Merah turun padang hari ini. Mulut-mulut nakal ada berbunyi respon yang agak 'hambar' ini berpunca dari  penahanan pemimpin mereka, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada awal pagi Sabtu.

Laporan dari wartawan penyiaran dan kru Astro AWANI yang turun padang untuk membuat liputan melaporkan ada segelintir penyokong Baju Merah yang bercakaran sesama sendiri dan sekali-sekala cuba 'mengusik' peserta Baju Merah.

Namun, tiada laporan insiden keganasan, konfrontasi dan vandalisme berlaku.

Di media sosial, penyokong Bersih tidak jenuh kongsi gambar mereka mengutip sampah yang ditinggalkan peserta perhimpunan.

Keadaan keselamatan sewaktu Bersih 5 berada di tahap terkawal, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Anggota pakaian seragam termasuk PDRM, trafik dan Pasukan Keselamatan Persekutuan (FRU) menjalankan tugas mereka dengan tahap dedikasi dan kesabaran yang cukup tinggi sehingga meraih pujian dari pengguna media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengalungkan kata-kata tahniah dan pujian terhadap anak-anak buahnya yang berkhidmat hari ini.

Pancaran terik cahaya matahari tidak melunturkan semangat dan kesabaran peserta perhimpunan.

Sekitar jam 2.45 petang, mandat diterima diterima untuk penyokong Baju Kuning berarak ke Menara Berkembar Petronas atau Kuala Lumpur City Centre dan menanti ketibaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diiringi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi ucapan.

Kedua-dua pemimpin ini diiringi bekas Ketua Menteri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan ibunya, Tun Dr Siti Hasmah.

Perhimpunan Bersih 5 berakhir sebelum jam 5.30 petang. Lelah tampak jelas di wajah-wajah peserta Baju Kuning sebelum mereka beransur pulang selepas berakhirnya ucapan pembakar semangat dari ahli politik veteran berusia 91 tahun tersebut.

Umpama kata wartawan penyiaran Astro AWANI, Nizam Bakeri yang turun padang hari ini, "macam senario karpet merah di KLCC tadi selepas peserta bersurai," katanya merujuk kepada pemimpin pembangkang yang sedang 'bersidai' melepas lelah di kompleks beli-belah tersebut.

Selain penahanan Maria dan Ketua Sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal Singh di ibu pejabat Bersih di Petaling Jaya, Selangor, beberapa individu lain turut ditahan pada Jumaat.

Individu-individu itu termasuk bekas exco DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, aktivis Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, aktivis pelajar Anis Syafiqah Md Yusof, ahli Exco Parti Sosialis Malaysia (PSM) Arutchelvan Subramaniam, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Wong Chee Wai @Jimmy Wong, ahli DAP Lee Khai Meng dan aktivis Muhamad Safwan Anang@Talib And Hairol Nizam Md Nor.

Hari ini, turut menyaksikan penahanan beberapa aktivis di beberapa lokasi perhimpunan diadakan. Hishammuddin Rais ditahan polis di Bangsar pada kira-kira jam 10.37 pagi tadi. Ini diikuti dengan dua lagi penahanan membabitkan ahli exco Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah dan aktivis Bersih, Howard Lee Chuan How.

Ini menjadikan jumlah tahanan setakat ini, seramai 17 orang.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..