Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Datuk Seri Jamal Md Yunos kalau kuat sangat mari bertinju satu lawan satu

BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.

Dia yang menggelarkan dirinya ‘Abang Kucing’ mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.

“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah…

Bersih 5: Berlangsung aman

KUALA LUMPUR: Tiada drama! Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.


Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan mereka termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.

Para penyokong sanggup berbelanja, menginap di hotel-hotel di sekitar ibu negara untuk bersedia bagi perarakan awal pagi dan menyaksikan ibu negara dilanda 'gelombang kuning' selepas lebih 15,000 peserta dari kem Bersih turun ke jalanan untuk menyertai demonstrasi.

Secara purata, para penyokong kebanyakannya pernah menyertai perhimpunan sebelum ini, Ramai juga yang baharu pertama kali menjadi peserta.

Memandangkan b…

Sabah minta Nur Misuari kemuka bukti penglibatan orang Malaysia dalam kes culik

Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari perlu mengemukakan bukti kononnya pemimpin Malaysia terbabit dalam penculikan warga asing di Pulau Sipadan, Semporna pada tahun 2000.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata melainkan ada bukti dikemukakan, Nur Misuari tidak seharusnya membuat dakwaan tanpa asas berhubung perkara itu.

"Ini adalah tuduhan yang serius. Misuari perlu menamakan individu yang didakwanya terbabit dalam penculikan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Musa berkata, dakwaan seperti itu boleh menjejaskan imej negara dan negeri serta hubungan antara Malaysia dan Filipina.

Semalam, Nur Misuari mendakwa Malaysia menggunakan orang Moro dalam melaksanakan aktiviti culik untuk tebusan membabitkan 21 pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan, Sabah pada 2000.

Dia juga mendakwa, sedia untuk mengheret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung perkara itu.

Selanjutnya di : www.bharian.com.my

Gempa sederhana landa Sumatera Utara

Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada 7.26 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa itu berada pada 22 kilometer (km) barat Simeulue, Indonesia, dan 566 km barat daya Lumut, Perak.

Gempa bumi itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. -- Bernama

Dua tekong kapal nelayan diculik di perairan Kinabatangan

SANDAKAN: Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kertam, Kinabatangan hari ini, menurut Persatuan Nelayan Sabah.

Menurut sumber persatuan itu, tekong dua kapal nelayan itu ialah warga Indonesia dan kedua-dua kapal berdaftar di Sandakan.

Menurutnya dalam kejadian yang didakwa berlaku antara 11 pagi hingga 12 tengah hari itu, sebuah bot laju dinaiki beberapa lelaki bersenjata dikatakan menghampiri dua kapal nelayan tersebut dan 'melarikan' dua tekong berkenaan.

Katanya ketika kejadian terdapat tiga kapal nelayan tetapi sebuah kapal nelayan berjaya meninggalkan kawasan perairan selepas terdengar isyarat di radio berkaitan insiden tersebut.

"Kru kapal nelayan tidak diapa-apakan dan meneruskan perjalanan balik ke Sandakan.

"Saya dimaklumkan dua kapal nelayan itu dan kru kini berada di pangkalan Pasukan Polis Sandakan," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Bari Wan Abdu…

Nur Misuari dakwa warga Malaysia dalang penculikan Sabah

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia merupakan dalang penculikan habuan kewangan di perairan pantai timur Sabah yang pernah meragut nyawa rakyat Malaysia suatu masa dahulu.

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, berkata beliau mempunyai bukti dakwaan tersebut.

Menurut pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, termasuklah mahkamah antarabangsa.

"(Warga) Malaysia adalah dalang yang terlibat dalam penculikan demi habuan kewangan di perairan pantai timur Sabah. Mungkin satu hari nanti saya akan bawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah antarabangsa (untuk dibicarakan).

 "Saya ada semua bukti ditangan saya dan orang saya ada di mana-mana. Malah, dalang disebalik penculikan ini sebenarnya mengupah orang-orang saya sendiri bagi melakukan penculikan itu," katanya.

Misuari berkata demikian sewaktu sidang media selepas pertemuannya dengan Presiden Filipina Rod…