Putrajaya: Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini meluluskan pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) iaitu sebuah parti baru yang bakal diterajui bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim yang ditemui berkata, parti baru itu menyasarkan keahlian 2,600 orang dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, parti ini akan menggunakan Gunung Kinabalu sebagai logo parti selain 'Harapan Rakyat' sebagai slogan.

"Parti ini antara lain akan memperjuangkan nasib rakyat Sabah secara saksama dari segi pembangunan dan kebajikan," katanya ketika ditemui di perkarangan lobi ROS di sini hari ini.

Katanya, pihaknya akan membincangkan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai perjuangan yang sama dengan Harapan Rakyat. -hmetro.com.my

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.