Helikopter Nuri terhempas di SMK Balung, Tawau dan komen bodoh


Sebuah ‎helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Nuri terhempas atas bumbung bangunan Pusat Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera apabila sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang dipetik laporan Berita Harian.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Kejadian yang berlaku ketika sesi pembelajaran telah menyebabkan sebahagian pelajar trauma dan menangis.

Berikut pula komen Nooraizul Abdul Rahim di page siakapkeli tentang nahas tersebut. Walau bagaimanapun komen ini dipadam apabila dikritik. Pemimpin UMNO, PBS, PBRS, UPKO Sabah harus ambil tindakan terhadap individu ini.





Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong