Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Ratusan PATI Mendarat Di Tawau Setiap Hari Dakwa Media Indonesia

Dari EdisiRakyat.com

SEBUAH program televisyen berbentuk siasatan mirip 999 di Indonesia mendedahkan secara terperinci bagaimana ratusan pendatang asing tanpa izin, PATI mendarat di Tawau Sabah setiap hari.

Apa yang menghairankan dakwa rancangan itu, lokasi pendaratan ratusan PATI  tersebut setiap hari berada tepat bersebelahan dengan pelabuhan sah di Tawau Sabah.

Wartawan rancangan terbitan TransMedia Indonesia itu menyamar sebagai Tenaga Kerja Indonesia, TKI bagi menyelongkar bagaimana perjalanan pendatang asing dari Indonesia masuk ke Malaysia secara haram.

Salah seorang PATI yang ditemubual mendakwa begitu mudah untuk masuk ke Malaysia secara haram dengan memberikan rasuah sekitar RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa yang bertugas.

"Kalau di laut ada Polis yang tinggal sumbat (suap) saja dengan uang, tidak ada masaalah. Jadi boleh jalan, paling tinggi RM50 hingga RM100," dakwanya.

Rancangan tersebut turut menunjukkan bagaimana wartawan yang menyamar sebagai TKI di dal…