Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.

Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.

"Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau," kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan bekas perdana menteri kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada serta senaman. - Bernama


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.