SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) hari ini melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy A9 Pro (2016), edisi terbaharu Siri Galaxy A 2016 dilengkapi skrin paparan lebih besar serta kapasiti bateri, simpanan data dan kamera yang dipertingkatkan.

Ia yang didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih dan emas, dijual mulai hari ini pada harga RM1,999 seunit, termasuk enam peratus Cukai Barang dan

Perkhidmatan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mudah Alih SME, Lee Jui Siang berkata telefon pintar itu dilengkapi skrin super AMOLED enam inci berdefinisi tinggi yang mampu memberi kualiti paparan visual lebih jelas dan menjadikan pengalaman melayari gajet yang lebih menarik.

Ciri simpanan memori dalaman berkapasiti 32GB, ia turut menyediakan  slot mikro-SD yang boleh ditambah dengan memori luaran sehingga 256GB.

"Bagi meraikan kehadiran Galaxy A9 Pro di Malaysia, SME turut menawarkan kad SD 64GB secara percuma bagi setiap pembelian yang memberi kapasiti tambahan sebanyak 16,000 foto" kata Lee.

Kuasa baterinya mencecah 5,000mAH dan dilengkapi unit pemproses lebih pantas dengan memori akses rawak berkapasiti 4GB bagi melancarkan lagi penggunaannya.

Ia turut dilengkapi kamera hadapan 8MP f/1.9 dan kamera belakang 16MP f/1.9 yang mampu menghasilkan kualiti gambar lebih jelas.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.