Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berhenti dari berusaha untuk 'mengerjakan' musuh-musuhnya.

Menurut laporan New Straits Times hari ini, Pairin berkata, langkah Mahathir menubuhkan parti baru adalah tidak mengejutkan kerana beliau ternyata tidak menyukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan Pairin menggelarkan Mahathir sebagai 'haiwan politik' yang tidak akan berhenti untuk mengusir sesiapa sahaja yang beliau tidak gemar.

"Sebaik sahaja Mahathir memutuskan tidak menyukai seseorang, sama seperti beliau tidak suka saya, dia akan usir orang itu menggunakan semua kekuatan yang ada.

Selaku Presiden Parti Bersatu Sabah, Pairin mempunyai hubungan yang panjang dan tidak harmoni dengan Mahathir setelah beberapa kali membawa partinya masuk dan keluar BN. Mahatihr menerima semula PBS ke dalam Barisan Nasional apabila UMNO dan Barisan Nasional dalam keadaan tenat.

Mengulas mengenai parti baru Mahathir, Pairin berkata, keputusan itu 'masih belum menampakkan kesan' tetapi ia adalah hak Mahathir, memetik laporan tersebut.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.