Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Rampasan Kuasa Turki - Pembelot akan dihukum mati kata Erdogan

ANKARA - TURKI. Presiden Turki Tayyip Erdogan memberitahu orang ramai bahawa pembelot yang melakukan cubaan rampasan kuasa terhadap negara itu, mungkin akan dikenakan hukuman mati.

Erdogan berkata, perkara itu terlebih dahulu akan dibincangkan olehnya dan ahli parlimen di persidangan parlimen nanti.

Beliau yang kelihatan tenang dan tersenyum di hadapan penyokongnya di Istanbul berkata, cubaan rampasan kuasa itu dilakukan oleh minoriti pihak dalam tentera.

"Tentera adalah milik kita, saya ketua komander," katanya petik Reuters.

Pada jumaat lalu, segelintir pihak dalam tentera telah melakukan cubaan rampasan kuasa bermula jam 8 malam (1 pagi waktu Malaysia), di mana lebih 190 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera, sementara lebih 2,800 anggota tentera ditangkap pihak berkuasa Turki.

-sinarharian

Samsung Galaxy A9 Pro

SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) hari ini melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy A9 Pro (2016), edisi terbaharu Siri Galaxy A 2016 dilengkapi skrin paparan lebih besar serta kapasiti bateri, simpanan data dan kamera yang dipertingkatkan.

Ia yang didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih dan emas, dijual mulai hari ini pada harga RM1,999 seunit, termasuk enam peratus Cukai Barang dan

Perkhidmatan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mudah Alih SME, Lee Jui Siang berkata telefon pintar itu dilengkapi skrin super AMOLED enam inci berdefinisi tinggi yang mampu memberi kualiti paparan visual lebih jelas dan menjadikan pengalaman melayari gajet yang lebih menarik.

Ciri simpanan memori dalaman berkapasiti 32GB, ia turut menyediakan  slot mikro-SD yang boleh ditambah dengan memori luaran sehingga 256GB.

"Bagi meraikan kehadiran Galaxy A9 Pro di Malaysia, SME turut menawarkan kad SD 64GB secara percuma bagi setiap pembelian…

Pairin - Dahulu Tun Mahathir kerjakan saya

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berhenti dari berusaha untuk 'mengerjakan' musuh-musuhnya.

Menurut laporan New Straits Times hari ini, Pairin berkata, langkah Mahathir menubuhkan parti baru adalah tidak mengejutkan kerana beliau ternyata tidak menyukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan Pairin menggelarkan Mahathir sebagai 'haiwan politik' yang tidak akan berhenti untuk mengusir sesiapa sahaja yang beliau tidak gemar.

"Sebaik sahaja Mahathir memutuskan tidak menyukai seseorang, sama seperti beliau tidak suka saya, dia akan usir orang itu menggunakan semua kekuatan yang ada.

Selaku Presiden Parti Bersatu Sabah, Pairin mempunyai hubungan yang panjang dan tidak harmoni dengan Mahathir setelah beberapa kali membawa partinya masuk dan keluar BN. Mahatihr menerima semula PBS ke dalam Barisan Nasional apabila UMNO dan B…

Suspek bunuh Bill Kayong melarikan diri ke Australia

Polis mengesahkan seorang suspek bergelar 'Datuk', yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, dipercayai berada di Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun, dua hari selepas kejadian.

"Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata mereka berdua dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.

Pada Jumaat (15 Julai), dua lelaki yang ditahan berhubung pembunuhan Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan …

Wanita mati ditembak

Seorang wanita mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, petang ini.

Portal Berita Harian Online melaporkan seorang daripada lima anak wanita berkenaan yang berada dalam kereta ketika kejadian dalam keadaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.

Portal itu juga memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, sebagai berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah ditembak lima das menerusi cermin tingkap sebelah pemandu.

"Satu peluru mengenai lehernya, manakala anak perempuannya yang berusia lapan tahun di tempat duduk penumpang hadapan dipercayai terkena tembakan pada sisi sebelah kanan kepa…

Saya bukan mencabar IS kata IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak menyesal mengeluarkan kata-kata ‘baliklah kalau berani’ kepada rakyat negara ini yang menganggotai militan Negara Islam sebelum insiden pengeboman di Puchong.

Namun, beliau berkata, kata-kata itu tidak bermaksud sebagai satu cabaran kepada kumpulan pengganas tersebut.

"Saya tidak mencabar mereka. Apa yang saya katakan adalah 'baliklah kalau berani.’ Saya tidak mencabar mereka," katanya kepada wartawan semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di Kuala Lumpur.

21 Jun lalu, kumpulan pengganas itu menerusi satu video propaganda mengeluarkan ancaman terhadap pasukan keselamatan negara.

"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian,” kata lelaki dalam video…

Shafie Apdal pula keluar Umno

Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.

Beliau yang juga adalah ahli parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.

"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.

Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di dewan di perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini.

Ini kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian Umno selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.

"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang Umno, tapi jangan hina saya, …

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Arah Roboh Arca Puncak Purnama?

Orang politik jahil tentang seni. Gambar Monalisa bukanlah cantik sangat kalau dibandingkan isteri menteri  tetapi manusia menghargainya sebagai satu seni yang tidak ternilai.

Sakit hati sangat-sangat, itu yang dirasakan oleh Datin Hamidah Mohd Noor selepas mendapat tahu legasi ditinggalkan arwah suaminya di Kuala Lumpur diruntuhkan begitu saja.

Lebih mengecewakan Hamidah, arca Puncak Purnama itu dianggap tidak menyusahkan sesiapa pun tetapi dirasa "menyakitkan mata" oleh seorang menteri.

Sidang media itu diadakan ekoran robohnya arca Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal di Jalan Atap oleh pemaju yang mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula menjelaskan arca Puncak Purnama itu dirobohkan kerana menyakitkan pandangan, selain sudah usang dan tidak dapat dibaik pulih lagi.

Tengku Adnan turut berkata pihaknya mendapat rungutan daripada orang awam berhubung arca berkenaan.

Arca seramik kaca ilham bekas peng…