Seorang lelaki berpakaian hitam dengan mengenakan cermin mata tiba-tiba mencekak leher baju Howard Lee Chuan apabila beliau bertanya siapa mereka yang mahu menyuruh beliau balik.

Sebelum itu kumpulan yang disertai oleh lelaki berpakaian hitam dan memakai cermin mata melakukan provokasi dengan menjerit ' balik,balik,balik Tongsan sebaik melihat Howard dan rakannya berada di situ.

Lee, bagaimanapun bernasib baik tidak dipukul kerana penyokong kedua-dua parti dan juga pihak polis berjaya menghentikan pertengkaran itu. Beliau juga dilaporkan tidak cedera.

Walaupun lelaki berkenaan tidak memakai baju BN, dia disokong oleh kumpulannya yang memakai baju T BN.

Sementara itu, ADUN BN bagi kerusi Bukit Chandan, Maslin Sham Razman, yang tiba kemudian, enggan mengulas mengenai kekecohan itu.

Apabila masuk malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang degil (kuat) dirantai dan diikat.

Sekali lagi bulan yang mulia dicemari dengan tindakan ganas syaitan yang bertopengkan manusia. Nasiblah syaitan yang terlepas bukan syaitan yang degil atau kuat. Jika syaitan kuat yang terlepas, nescaya ada manusia yang akan cedera atau mati. Pada tahun lepas syaitan terlepas di Plaza Low Yat yang menyebabkan berlakunya rusuhan di plaza berkenaan.



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.