Siapa disebalik pembunuhan Bill Kayong?


Rakyat Borneo terkejut dengan berita pembunuhan calon PKR iaitu Bill Kayong yang juga merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak berjuang untuk hak milik tanah masyarakat Dayak.

Pembunuhan Bill Kayong mendapat kecaman 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dayak Sarawak. Antara NGO itu ialah Kesatuan Dayak Nasional Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Bidayuh Nasional (DBNA), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Graduan Dayak (SGA), Persatuan Graduan Bidayuh (BGA), Barisan Iban Sarawak (BISA) dan Kongres Dayak Nasional (DNC).

Tindakan kejam ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Dayak kerana perbuatan itu umpama seperti "menjolok sarang tebuan" dan pada masa sama menguji kesabaran orang Dayak.

Dalam kenyataan Kapten Collin Imran Abdullah yang menyifatkan Bill Kayong tidak memusuhi sesiapa pun. Walau bagaimanapun, Collin berkata, tahun lepas Bill Kayong pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang diterimanya supaya beliau jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.

Siapa Yang Sedang Merampas Tanah Dayak?

Mereka yang sedang merampas tanah orang Dayak sudah pasti suspek utama yang mengupah pembunuh upahan membunuh Bill Kayong. Ini adalah kerana Bill Kayong seorang yang lantang mempertahankan hak-hak tanah orang Dayak yang mungkin tidak disenangi oleh mereka yang sedang merampas tanah orang Dayak.

Penyelesaian

Jika kes ini melibatkan orang ternama, lebih baik kes ini dilupakan. Kalaupun ada yang ditangkap, mereka hanya kambing hitam sahaja.




Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong