Reaksi sesetengah umat Islam di Malaysia yang seolah-olah gembira dengan pembunuhan tanpa provokasi membabitkan 49 orang dalam sebuah kelab malam di Orlando, AS, pada 12 Jun membimbangkan, kata kumpulan pendesak G25.

Dalam kenyataannya kumpulan itu berkata walaupun Islam mengharamkan aktiviti hubungan sejenis, agama itu juga mengecam pembunuhan.

"Amat membimbangkan apabila di media sosial, sesetengah umat Islam di Malaysia seronok dengan pembunuhan itu dan mewajarkannya atas alasan homoseksual adalah haram dan merupakan dosa besar dalam Islam," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian itu seorang lelaki menembak mati 49 pengunjung kelab malam Pulse dan mencederakan 53 yang lain. Pulse diketahui menjadi tumpuan kumpulan gay.

Penyerang - dikenali sebagai Omar Mateen.

Pertubuhan G25 mahu menegaskan bahawa walaupun al-Quran mengharamkan homoseksual, mengambil nyawa manusia secara sengaja turut dilarang Islam.

Kumpulan itu turut memetik ayat 32 surah al-Maidah bermaksud: "Sesiapa yang membunuh seorang manusia bukan karena orang itu membunuh orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan Dia telah membunuh manusia seluruhnya."


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.