PM Kemboja disaman


PHNOM PENH - KEMBOJA. Gara-gara tidak memakai helmet semasa membonceng motosikal, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menerima padah disaman 15,000 riel (RM15)  akibat melanggar Artikel 6 Undang-undang Lalu Lintas.

Insiden itu berlaku di daerah Sre Ambel, wilayah Koh Kong ketika beliau mengadakan lawatan, minggu lalu.

Hun Sen turut mengesahkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya dan berjanji akan membayar denda itu serta yang dikenakan ke atas pemilik motosikal tersebut.

Menurut beliau, imuniti Parlimen dalam Perlembagaan dan undang-undang lain tidak mengecualikan mana-mana ahli politik termasuk perdana menteri daripada didenda jika melanggar undang-undang lalu lintas.

Isnin lalu, Hun Sen turut memohon maaf kerana tidak mematuhi undang-undang lalu lintas tersebut. - Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong