Pedofilia mengaku rogol kanak-kanak Malaysia

BRITAIN . Seorang ‎pedofilia‎ mengaku melakukan serangan seksual ke atas bayi seawal usia enam bulan, beberapa daripadanya berasal dari keluarga miskin di Malaysia.

Richard Huckle, 30, didakwa turut mengambil gambar dan ‎rakaman‎ video terhadap tindakan tidak bermoral itu lalu memuat naik ke web haram.

Huckle, menghadapi 91 tuduhan termasuk melakukan serangan terhadap 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur, ketika dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris.

Memetik laporan AFP, penyiasat mendapati lebih 20,000 imej tidak senonoh pada komputer tertuduh, manakala Huckle juga menyimpan buku lejer senarai serangannya dan menulis manualnya sebagai: “Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide”.


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong