Main mercun sampai ke hujung nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai untuk kanak-kanak yang masih bermain mercun tanpa menghiraukan keselamatan diri walaupun sudah ramai yang parah akibat bermain mercun.

Seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14, mengalami kecederaan parah akibat terkena letupan mercun yang tidak sempat dilemparkan, dalam kejadian di Kampung Tok Kah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 malam, remaja berkenaan dikatakan keluar dari rumah neneknya selepas berbuka puasa untuk bermain mercun seorang diri di kawasan yang tidak jauh dari situ.

Beliau gagal melempar mercun sebaik diaktifkan menyebabkan ia meletup ditangan menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher serta melecur di dada.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa apabila mendengar letupan kuat dan melihat cucunya itu dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah.

Terkejut dan tergamam melihat mangsa cedera parah , nenek mangsa menghubungi ibu saudara pelajar itu yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Ibu saudara mangsa, Noriah Awang, 41, berkata, ketika kejadian dia turut mendengar letupan kuat dari arah rumah nenek mangsa tetapi tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan sekeliling gelap.

Mangsa yang dilapor berada dalam keadaan stabil kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pembedahan segera bagi merawat keadaan leher yang cedera teruk.

Seminggu yang lepas seorang kanak-kanak kudung akbiat bermain mercun belum cukup menjadi pengajaran kepada kanak-kanak lain dan ibu bapa.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.