Krew kapal Indonesia diculik


JAKARTA - INDONESIA. Indonesia mengesahkan tujuh krew kapal Indonesia diculik di laut selatan Filipina dalam siri terbaharu penculikan oleh kumpulan bersenjata di wilayah bergolak itu.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, kapal tunda tersebut membawa arang batu di laut Sulu dirampas oleh kumpulan bersenjata.

Tujuh krew dijadikan tebusan dalam dua serangan berasingan di atas kapal manakala enam lagi anak kapal di atas kepal tunda tersebut dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Kerajaan akan melakukan segala yang mungkin untuk membebaskan tebusan ini.

"Keselamatan tujuh warga Indonesia adalah keutamaan kami," kata Retno kepada AFP.

urucakap Kementerian Luar berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada wang tebusan diminta kumpulan penculik terbabit atau kumpulan militan IS yang berpangkalan di Filipina, Abu Sayyaf bertanggungjawab terhadap penculikan ini.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Filipina berkata, mereka akan berusaha mengesahkan laporan itu.

Jika disahkan, ia menjadi penculikan ketiga melibatkan krew kapa warga Indonesia  tahun ini.

-Sinarharian
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..