Empat kelasi dari Sarawak yang menjadi tebusan kumpulan militan yang berpangkalan di Filipina, Abu Sayyaf, dilaporkan telah dibebaskan.

Menurut laporan The Star hari ini, keempat-empat mereka pulang ke Sandakan, Sabah, awal hari ini.

"Laporan dari Jolo menunjukkan bahawa perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan pembebasan empat tebusan itu selepas beberapa pusingan rundingan," kata laporan itu.

The Star berkata Ketua Polis Sabah Abdul Rashid Harun enggan mengulas.

Keempat-empat mereka ialah Wong Teck Kang, Wong Teck Chii, Johnny Lau dan Wong Hung Sing, yang diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April.

Abu Sayyaf dilaporkan sebelum ini telah menuntut wang tebusan RM18 juta bagi pembebasan mereka.



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.