Saban tahun setiap bulan ramadhan ada sahaja berita tentang kanak-kanak jadi kudung akibat bermain mercun.

Walaupun kejadian ini berlaku setiap tahun tetapi ia tidak menjadi pengajaran kepada ibu bapa dan kanak-kanak supaya menjauhkan diri daripada bermain mercun. Ibu bapa masih membiarkan anak-anak mereka bermain mercun walaupun tahu akan akibatnya. Ini samalah dengan membiarkan anak-anak mereka dalam bahaya.

Berita baru-baru ini seorang kanak-kanak dari Taiping kehilangan tiga jarinya akibat bermain mercun. Beliau merupakan mangsa pertama pada bulan Ramadhan ini dan semoga tiada lagi kejadian seumpamanya. Ini dapat dielakkan jika sekiranya ibu bapa sentiasa mengingatkan anak masing-masing supaya tidak bermain dengan mercun.

Perayaan akan menjadi lebih menggembirakan sekiranya diri sama seperti sediakala,. Sebaliknya kesedihan, penyesalan, malu pada hari bergembira apabila rakan-rakan melihat jari dalam keadaan kudung.

Kecederaan kanak-kanak disebabkan oleh mercun perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. Kecederaan kanak-kanak yang disebabkan oleh mercun juga perlu dikategorikan sebagai kecuaian ibu bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa sepatutnya dihadapkan di mahkamah. Amalan biasa seperti mengharamkan mercun nampaknya tidak dapat membendung kecelakaan memandangkan budak-budak zaman sekarang terlalu kreatif mencipta mercun sendiri.

Orang cina juga membakar mercun setiap kali mereka merayakan perayaan Tahun Baru Cina tetapi tidak pernah ada berita kanak-kanak Cina kudung disebabkan bermain mercun. Mungkin kanak-kanak kaum cina tidak pernah membakar mercun semasa perayaan Tahun Baru Cina. Semua aktiviti membakar mercun mungkin dilakukan oleh mereka yang sudah dewasa. Sebab itulah tidak pernah ada kanak-kanak cina putus jari semasa perayaan Tahun Baru Cina.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.