Nahas helikopter Sarawak - Mayat ketiga ditemui


Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat ketiga yang dipercayai mangsa nahas helikopter.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pasukan penyelamat sedang cuba mengeluarkan jasad itu menggunakan kaedah 'airlift' dari Sungai Batang Lupar.

Bernama juga melaporkan penemuan itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang berkata jasad tersebut dikesan di tengah-tengah Sungai Batang Lupar pada 12.04 tengah hari.

Jasad ketiga juga dilaporkan telah dihantar ke di Pusat Operasi SAR Lingga.

Sebelum ini, Bernama melaporkan pasukan SAR telah menerui jasad kedua pada jam 8.31 pagi tadi, 10km dari Pusat SAR di Lingga, kira-kira 250km dari Kuching.

Sehingga ini tiga jasad nahas itu telah ditemui selepas jenazah mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.

Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang Khamis menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam.

-Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong