Trak ATM terbabas di Ranau, dua maut


KOTA KINABALU - Dua anggota tentera maut dan lima orang cedera parah apabila trak yang mereka naiki terbabas di tepi jalan di Jalan Ranau-Telupid, di sini hari ini.  

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata 19 anggota tentera turut cedera dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu.

"Dua anggota tentera yang maut dikenali sebagai Prebet Mohd Zaim Salhudin dan Prebet Shahril Afizat Mohamad," katanya dalam satu kenyataan.    

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 11.39 pagi dan satu jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba Ranau dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari balai bomba berkenaan.

"Ketika sampai di lokasi kejadian pukul 12.45 tengah hari kesemua mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam dan ambulans," katanya. - Bernama

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'