KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik 'panglima' di setiap kawasan Dun di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.

"Siasatan yang dilakukan mendapati Kesultanan Sulu melantik panglima bagi setiap kawasan Dun di Sabah dan mereka berhasrat membentuk semula Kesultanan Sulu untuk memerintah Sabah.

"Jadi, jangan nak pandang enteng apa yang nak dilakukan oleh pengganas Sulu ini," katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat tidak harus memandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara. -Bernama


Untuk Rekod seorang ahli UMNO di Sabah iaitu Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad telah melantik dirinya sebagai Sultan Sulu yang tidak diketahui tindakan yang dikenakan oleh UMNO terhadap Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad.




Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.