Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Lebuhraya Pan Borneo bukti kesungguhan kerajaan Barisan Nasional


SERIAN - Lebuhraya Pan Borneo bernilai lebih RM16 bilion menjadi bukti kesungguhan kerajaan melaksanakan segala janjinya agar Sarawak dan Sabah maju seiring dengan hasrat Malaysia menuju era negara maju.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa yang perlu adalah kesinambungan dalam pentadbiran negeri supaya segala usaha kerajaan Pusat untuk
memajukan penduduk tempatan dapat diteruskan.

Beliau berkata lebuh raya itu bukan sahaja satu hadiah kepada Sarawak, tetapi juga satu testimoni kepada tekad kerajaan untuk melaksanakan segala janjinya dalam pilihan raya.

Berucap di majlis pelaksanaan permulaan kerja-kerja pembinaan Projek Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran dari bulatan Serian ke persimpangan Pantu di sini hari ini, beliau berkata walaupun harga komoditi utama negara jatuh ketika ini, atas tekad untuk menunaikan janji kepada rakyat Sarawak, projek lebuh raya itu tetap diteruskan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.  

Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325km merupakan tulang belakang kepada perhubungan di Borneo, bermula dari Telok Melano di Sarawak sehingga ke Tawau di Sabah, dengan pakej jajaran bulatan Serian–Simpang Pantu sepanjang 75km sebagai sebahagian daripada pakejnya.

Di bawah jajaran di Serian itu, ia membabitkan kerja-kerja menaik taraf jalan sedia ada dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, termasuk pembinaan tiga persimpangan bertingkat di Serian dan Simunjan.

Najib berkata dari segi teori, bagi RM16 bilion dibelanjakan untuk pembangunan projek Lebuhraya Pan Borneo, kesan faedah pembangunan yang akan dinikmati rakyat Malaysia akan menjangkau lapan kali ganda daripada jumlah  dibelanjakan itu.

"Inilah kesan projek ini dari segi ekonomi kepada rakyat Sarawak,... pembangunan ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada ekonomi rakyat, tetapi menjadi 'game-changer' (pencetus perubahan) kepada negara.

"Ia akan membawa transformasi hebat kepada Sarawak, menjadi satu-satunya projek besar yang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana projek dalam negara sebelum ini," katanya.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara selepas melakukan satu lagi tinjauan mesra di pekan Bau, petang ini. -Bernama


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..