Ku Li tidak berminat ganti Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas

Ku Li tidak berminat ganti Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas


Tengku Razaleigh Hamzah tidak berminat mengisi jawatan penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meskipun terdapat cadangan supaya beliau berbuat demikian selepas Tun Dr Mahathir Mohamad disingkirkan, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

Pengasas Petronas berkata, tiada peruntukan undang-undang menetapkan jawatan penasihat perlu terdiri daripada kelompok bekas-bekas pemimpin.

“Setahu saya, peruntukan dalam undang-undang Akta Kemajuan Petroleum, Majlis Penasihat Petroleum harus terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, pakar minyak dan setiap wakil dari negeri yang mengeluarkan minyak.

“Saya rasa itulah badan penasihat yang boleh menasihatkan kerajaan tentang dasar minyak, lombong dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, penamatan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas adalah perkara biasa yang sememangnya sudah dijangkakan.

“Sebelum ini, dia (Dr Mahathir) sudah lama ingin meletak jawatan, tetapi kerajaan tidak menerima peletakan jawatan itu dan saya meminta agar dia meneruskan tugas tersebut.

“Semalam (kelmarin) saya melihat dalam televisyen Kabinet sudah melucutkan jawatan dia. Namun, saya dengar kenyataan daripada Dr Mahathir dia dah hantar surat berhenti sebelum Kabinet buat keputusan,” katanya.

Pada Jumaat Kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya berkata, Kabinet berpendapat demikian kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

"Kabinet hari ini sudah membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas,” menurut kenyataan itu. – 13 Mac, 2016.

-TMI



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..