Kapal selam Pyongyang hilang?


PYONGYANG - KOREA UTARA. Pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa salah sebuah kapal selam milik Korea Utara telah hilang.

Laporan berkenaan muncul setelah Korea Utara mengeluarkan amaran berkenaan latihan ketenteraan bersama yang dijalankan oleh AS dan Korea Selatan.

Pasukan tentera AS tidak dapat mengesahkan samada kapal tersebut hanyut, namun, mempercayai bahawa kapal itu mengalami masalah teknikal semasa menjalankan latihan ketenteraan.

Dalam pada itu, Korea Utara belum mengesahkan perkara berkenaan dan tidak mahu memberikan kenyataan berhubung berita tersebut.

Khamis lalu, Pyongyang telah melancarkan peluru berpandu jarak sederhana ke dalam laut, mungkin sebuah tindakan provokasi terhadap latihan ketenteraan itu.- Press TV

-Sinarharian


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'