SANDAKAN - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru di daerah ini didakwa mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip berkata jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.

"Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

"Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan itu, semasa melakukan lawatan mengejut di

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar di sini, semalam.

Beliau melakukan lawatan mengejut di beberapa sekolah berasrama di daerah ini bagi meninjau tahap kebersihan persekitaran dewan makan, dapur dan makanan disediakan pengendali makanan. - Bernama





Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.