Blok pembangkang baharu, PAS dan IKATAN tiada taring


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mendakwa "blok kuasa ketiga pembangkang" yang ditubuhkan hari ini antara partinya dengan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan membangkang secara melulu dan ekstrem seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Katanya, mereka turut memilih untuk membangkang secara nasihat dan pada masa yang sama menolak untuk menjadi pembangkang ekstrem sehingga menyusahkan rakyat.

“Memilih pendekatan bangkang tidak melulu, bangkang secara nasihat, bukan saja di parlimen, apa yang baik kerajaan buat kita sokong yang tak baik kita nasihat.

“Dalam masa yang sama kita tolak cara ekstrem yang menyusahkan rakyat,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai perbezaan antara Pakatan Harapan dan "blok baru pembangkang" yang diterajuinya itu.


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong