2 bot berlanggar di Tuaran, 5 penumpang lemas


Lima penumpang lemas manakala 23 lagi dilaporkan selamat setelah 2 bot berlanggar di Sungai Serusup dekat Panimbawan, di Tuaran, malam tadi.

Hospital Tuaran mengesahkan mangsa yang maut ialah Saloma Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnom dan Nurul Azda.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah ketika dihubungi pagi ini, memaklumkan belum mempunyai maklumat terperinci mengenai  umur mangsa dan kejadian berkenaan.

Menurut jurucakap pusat gerakan berkenaan, pihaknya masih meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa kerana pihaknya tidak dapat memastikan bilangan penumpang kedua-dua bot berkenaan. – Bernama, 13 Mac, 2016.

-Malaysiainsider



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.