Selagi Najib ada, Umno semakin lemah


ALOR SETAR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan untuk tidak berhenti dari  bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini

“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat apabila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.

Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.

Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta orang namun, dakwanya sesebuah parti tidak relevan hanya dengan jumlah keahlian sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk bersuara.

“Tapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden," katanya.

“Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan apabila dalam mukadimah pun tidak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.

“Semua perbahasan pun tidak diberi secara langsung seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana tidak mendengar perbahasan itu secara langsung,” katanya.-Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong