Operasi khas untuk mengesan kumpulan pengganas


Penampang: "Tiada operasi khas untuk mengesan kumpulan pengganas termasuklah militan Negara Islam (IS) di negeri ini dan saya minta orang ramai tidak percaya sebarang khabar angin yang tersebar melalui laman sosial," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penyebaran khabar angin melalui laman sosial yang kononnya berlaku ancaman pengganas IS di daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan orang awam, semalam.

Menurutnya, kehadiran polis di lokasi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini hanyalah pergerakan biasa yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan awam dan tidak menjurus kepada operasi khas seperti digembar-gemburkan segelintir pihak.

"Saya minta orang ramai jangan lekas panik terhadap sebarang maklumat yang kononnya kita diancam serangan pengganas memandangkan perkara itu tidak berlaku.

"Jika anda lihat kehadiran polis di lokasi tumpuan ramai, ia hanyalah pergerakan biasa atau rutin sahaja yang bertujuan meningkatkan keselamatan orang awam," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ops Selamat Tahun Baru Cina di Donggongon, di sini, pagi tadi.- hmetro


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.