Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman.

Beliau juga mengumumkan, Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Mukhriz turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah. -AstroAwani



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'