Muhyiddin kritik Najib, merugikan diri sendiri


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat, adalah merugikan bagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap mengulang kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu sama yang telah diketahui rakyat.

Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sewajarnya mengemukakan pelan perancangan untuk parti kepada rakyat ketika berucap di pentas-pentas seluruh negara.

"Usaha mereka (Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad) boleh mencapai matlamat (menurunkan Najib) sekiranya mereka mempunyai strategi yang baik. Ini bukan masa untuk mereka cuma bercakap, sekadar membongkar segala isu yang orang ramai sudah sedia maklum. Zaman internet ini, kita cakap sekali sahaja, orang sudah tahu.

"Apa yang saya nampak, sebelum Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presiden buat perjumpaan...pada saya beliau bercakap benda yang sama sampai sekarang. Itu ruginya.

"Jika beliau buat strategi, mungkin dengan memberi pelan terhadap apa yang dia nak buat untuk Umno, mungkin boleh menambah sokongan ahli-ahli Umno secara umumnya," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal kedudukan Muhyiddin yang dilihat kini seakan sealiran dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan Najib.

Menurutnya, meskipun Muhyiddin mungkin tidak mendapat sokongan Majlis Tertinggi (MT) Umno, namun, dengan perancangan yang dibentangnya kepada rakyat itu, sekurang-kurangnya beliau akan mendapat sokongan akar umbi.


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong