Kanak-kanak derita rupa seperti orang tua


INDIA - Walaupun usia mereka baru mencecah 18 bulan dan 7 tahun namun rupa paras dan kulit mereka seolah-olah seperti orang yang sudah berusia.

Pasangan adik beradi Kezhav Kumar, 18 bulan dan Anjali Kumar, 7 tahun memiliki kulit wajah berkedut, berkendur, muka bengkak dan mengalami sakit sendi.

Menurut doktor, kedua-dua kanak-kanak itu menderita penyakit Cutis Laxa dan hanya beberapa kes dilaporkan di seluruh dunia.

Sementara itu, menurut bapa kepada kedua beradik itu, Shatrughan, dia berharap agar ada ubat untuk menyembuhkan penyakit anaknya itu.

"Kami telah cuba mendapatkan bantuan dari doktor tempatan tetapi berkata ia hanya harapan untuk sembuh adalah dari luar negara," katanya dipetik Metro.uk

Shatrughan membelanjakan 500 rupees (RM31) sebulan untuk rawatan homeopathic untuk kedua beradik berkenaan namun ia tidak memberi sebarang kesan.

Shatrughan, 40 dan isteri Rinki Devi, 35, turut mempunyai seorang lagi anak yang berusia 11 tahun Shilpi.

Shilpi berkata, dia sentiasa mengajarnya adiknya itu untuk menjadi kuat

"Saya sedih melihat keadaan mereka, namun tidak mapu melakukan apa-apa.

" Saya akan berada bersama mereka selamanya dan berharap mereka mendapatkan pendidikan sempurna supaya mereka tidak akan bergantung kepada orang lain apabila dewasa kelak," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong