Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak setuju cadangan pengharaman ganja dikaji semula


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak setuju cadangan pengharaman ganja dikaji semula

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak setuju dengan cadangan supaya dasar pengharaman ganja di negara ini dikaji semula bagi membolehkan ia digunakan dengan bersyarat.

Beliau berkata ini kerana langkah beberapa negara di Eropah yang membenarkan penggunaan ganja didapati tidak berupaya untuk mengatasi masalah berkaitan penyalahgunaan atau penagihan dadah dengan berkesan.

"Secara peribadi saya berpendapat negara-negara berkenaan tidak boleh dijadikan penanda aras untuk mengizinkan penggunaan dadah itu di sini.

"Saya lihat beberapa kajian bila ganja dibenar penggunaan, ia tidak mengurangkan penyalahgunaan dadah di negara berkenaan, malah ia menyebabkan ketagihan berulang dan penambahan penagih baharu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan di Taman Awam di Lawas hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan Parlimen Belia Malaysia Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli baru-baru ini supaya kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja mengikut situasi semasa dengan melihat kegunaannya daripada aspek positif.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tahun lepas sebanyak 26,668 penagih dadah dikesan dalam negara, dengan 23.9 peratus merupakan penagih berulang.

Penagih paling muda berumur 7 tahun

Beliau berkata apa yang malang ialah 73.4 peratus daripada penagih itu terdiri daripada kumpulan umur 18 dan 39 tahun, malah menurutnya pada tahun 2014 penagih paling muda dilaporkan berumur 13 tahun, manakala tahun lepas paling muda berumur tujuh tahun.

Katanya kajian oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mengenal pasti 178 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara yang dianggap sebagai kawasan panas pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengisytiharkan 2016 sebagai Tahun Memerangi Dadah secara besar-besaran buat semua agensi yang berkaitan seperti polis, AADK dan PEMADAM.

Terdahulu, Ahmad Zahid memulakan lawatan kerja di sini dengan dengan meninjau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dan mendengar taklimat mengenai cadangan pembinaan balai polis baharu.

Menurutnya selain IPD Lawas, pihaknya sedang mengusahakan peruntukan bagi menaik taraf dan membangunkan tiga lagi balai polis sekitar sini yang terdiri daripada balai polis Sindumin, Merapoh dan Sundar.

-Bernama



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..