Buskers terajang warga asing sampai pengsan

Buskers terajang warga asing sampai pengsan


Gara-gara kerana terlalu berang dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Nepal yang didakwa mencabul kehormatan isterinya, vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa membelasahnya sehingga pengsan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras jenayah yang melibatkan warga asing.

Katanya, kejadian yang berlaku terhadap isterinya itu membuktikan bahawa kebanjiran warga asing di Malaysia menyebabkan negara ini sudah tidak lagi aman.

"Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?

"Isteri saya yang bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul," katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis malam semalam.

Malaysiakini sedang menghubungi Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi mendapatkan ulasan mereka.

Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri didakwa dicabul di tempat awam?

Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.

Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.

"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.

"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.

Terbaring berdarah

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.

Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.

"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.

Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.

"Takut juga dia mati," katanya.

Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Insiden berkenaan berlaku ketika orang ramai dimaklumkan mengenai rancangan kerajaan membawa masuk kira-kira 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini bagi memenuhi permintaan sektor perladangan dan perkhidmatan.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.

Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.

Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.

Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.

Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.

"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.

"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya. -Malaysiakini



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'