Suspek Serangan Jakarta


JAKARTA: Polis mengesahkan telah menembak mati empat penjenayah yang dipercayai terbabit dalam insiden menyerang pondok polis dan siri letupan di kawasan berhampiran Sarinah Mall, di Jalan MH Thamrin di sini hari ini.

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya M.Iqbal memberitahu pemberita di tempat kejadian, keempat-empat lelaki itu belum dikenal pasti tetapi polis percaya telah melumpuhkan serangan mereka dan tiada lagi suspek yang diburu.

Katanya mereka ditembak di Gedung Cakrawala dan di tepi jalan di kawasan Thamrin namun polis masih belum boleh mengesahkan sama ada mereka adalah dari kumpulan rangkaian pengganas atau sebaliknya.

Iqbal turut menjelaskan sebenarnya ada dua letupan yang berlaku di lokasi kejadian manakala yang lainnya adalah bunyi tembakan.

Sementara itu, tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden letupan dan tembakan yang berlaku di Jakarta, Indonesia pagi tadi.

Ini telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu kenyataan.

Kedutaan Malaysia di Jakarta kini sedang memantau keadaan di sana, kata kenyataan itu.

Warganegara Malaysia yang menetap di Jakarta atau akan mengunjungi kota itu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.




Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong