KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan meneliti permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan beliau melakukan perubahan dalam kepemimpinan parti itu di negeri tersebut dengan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemuan beliau de­ngan barisan kepemimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. -www.utusan.com.my

Datuk Najib juga harus meneliti desakan rakyat Malaysia yang mahu beliau berundur sebagai perdana menteri Malaysia. Desakan akar umbi umno sudah disuarakan, tinggal Dato Najib meneliti desakan tersebut. Sebelum ini beberapa bahagian UMNO mahu Dato Najib berundur sebagai perdana menteri Malaysia. Adalah sesuatu yang tidak adil PM meneliti desakan UMNO Kedah terhadap Mukhriz tetapi tidak meneliti desakan UMNO terhadap diri sendiri.

KUALA LUMPUR 10 Dis : 250 ahli UMNO dari Kedah dan Kluang, Johor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur demi masa depan parti.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Ketua UMNO Cawangan Anuar Abdul Hamid dari Cawangan Jalan Badlishah Bahagian Merbok, Kedah berkata desakan itu dibuat bagi tujuan menyelamatkan parti mereka daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Semua yang hadir hari ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu bagi menyelamatkan parti UMNO.

“Kita mahu Najib berundur bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Auditorium Musium Kesenian Islam, pada Khamis.-Freemalaysiatoday

PETALING JAYA: Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed, tidak gentar jika dipecat susulan desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Katanya, dia dan 20 UMNO cawangan telah melakukan tindakan yang tepat kerana Najib gagal berperanan sebagai Perdana Menteri yang baik apabila dituduh terlibat dengan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.