Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Tiga calon Menteri Besar Kedah

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dikatakan tidak tersenarai.

Menurut sumber, tiga ADUN yang dicalonkan adalah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Dr Ku Abd Rahman adalah EXCO Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, manakala Mohd Rawi adalah EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya.

Azmi adalah Timbalan Speaker Dewan DUN Kedah.

Berdasarkan tiga nama itu, Dr Ku Abd Rahman dilihat berpotensi untuk dilantik berdasarkan latar belakangnya selain menjadi Exco paling k…

Cuepacs nafi pemotongan elaun penjawat awam

Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) hari ini menafikan dakwaan yang kini tersebar luas di laman sosial mengatakan Putrajaya akan memotong elaun kakitangan kerajaan berikutan situasi ekonomi yang dihadapi negara kini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, kerajaan setakat ini tidak pernah memanggil kesatuannya untuk membincangkan hal mengenai penarikan kembali elaun termasuk pemotongan gaji dan pemansuhan kenaikan pangkat penjawat awam.

"Cuepacs menafikan hal tersebut (pemotongan elaun). Kami tidak pernah dimaklumkan perkara itu dan tidak ada perbincangan dibuat, baik di peringkat kesatuan, mahupun kerajaan.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya desas-desus yang berlegar di media massa dan elektronik berhubung penarikan semula elaun penjawat awam, kenaikan gaji, penangguhan kenaikan pangkat.
"Itu semua tidak benar. Kerajaan tidak akan menyentuh penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, berita mengenai Putrajaya memotong…

Penyingkiran beri kelebihan politik kepada Mukhriz

SHAH ALAM - Percaturan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis Menteri Besar Kedah akan menjadi ukuran kepada kebijaksanaan Presiden Umno itu antara memenuhi tuntutan pemimpin parti atau suara rakyat yang memenangkan BN pada PRU13 lalu.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kemelut politik Kedah akhirnya akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada beliau disingkirkan atau kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan Mukhriz beberapa bulan lepas yang lebih cenderung kepada politik realistik dan tidak memberi reaksi balas terhadap gerakan undi tidak percaya yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

“Kalau Mukhriz tidak dapat kepercayaan Adun, beliau kena berundur, tapi pengundurannya itu tidak menjejaskan reputasi beliau, malah memberikan kelebihan politik kepada Mukhriz kerana nama dia akan naik, kalau dia …

Polis Malaysia tidak takut akan ugutan Daesh

KUALA LUMPUR - Polis tetap akan meneruskan langkah membanteras kegiatan teroris walaupun mendapat ancaman dan amaran daripada pengganas IS.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tetap akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

"Kita akan tangkap sesiapa sahaja yang melakukan kegiatan jenayah.

"Suka atau tidak itu yang polis akan lakukan,” katanya ketika ditemui di Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan, hari ini.

Melalui video bertajuk 'Mesej Awam Kepada Malaysia', unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara memberi amaran akan membalas dendam selepas beberapa ahlinya diberkas.

Antara rakamannya berbunyi, “jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

"Mereka yang menamakan kami sebagai …

Jika benar Menteri Besar Kedah baharu Rabu ini...

SHAH ALAM - "Kalau itulah beritanya, Alhamdulillah saya amat gembira sebab saya harap isu ini dapat diselesai dengan segera," demikian reaksi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya desas desus mengenai Kedah bakal mendapat Menteri Besar baharu pada Rabu ini.

Namun ujarnya, beliau tidak tahu menahu sejauh mana maklumat tersebut, namun berasa gembira sekiranya berita itu menjadi kenyataan.

"...Tetapi saya tidak tahu, kalau isu itu betul saya amat gembira," katanya kepada Sinar Online hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kedah akan dapat MB baharu Rabu ini?]

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal Pro-BN MYKMU yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya lagi, beliau gembira kerana jika Kedah mendapat menteri besar b…

Kedah akan dapat Menteri Besar baharu Rabu ini?

SHAH ALAM - Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan , kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.

"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah," petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan. -Sinarharian


Antara Najib Razak dan Mukhriz Mahathir, siapa patut turun?

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan meneliti permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan beliau melakukan perubahan dalam kepemimpinan parti itu di negeri tersebut dengan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemuan beliau de­ngan barisan kepemimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. -www.utusan.com.my

Datuk Najib juga harus meneliti desakan rakyat Malaysia yang mahu beliau berundur sebagai perdana menteri Malaysia. Desakan akar umbi umno sudah disuarakan, tinggal Dato Najib meneli…

Suspek Serangan Jakarta

JAKARTA: Polis mengesahkan telah menembak mati empat penjenayah yang dipercayai terbabit dalam insiden menyerang pondok polis dan siri letupan di kawasan berhampiran Sarinah Mall, di Jalan MH Thamrin di sini hari ini.

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya M.Iqbal memberitahu pemberita di tempat kejadian, keempat-empat lelaki itu belum dikenal pasti tetapi polis percaya telah melumpuhkan serangan mereka dan tiada lagi suspek yang diburu.

Katanya mereka ditembak di Gedung Cakrawala dan di tepi jalan di kawasan Thamrin namun polis masih belum boleh mengesahkan sama ada mereka adalah dari kumpulan rangkaian pengganas atau sebaliknya.

Iqbal turut menjelaskan sebenarnya ada dua letupan yang berlaku di lokasi kejadian manakala yang lainnya adalah bunyi tembakan.

Sementara itu, tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden letupan dan tembakan yang berlaku di Jakarta, Indonesia pagi tadi.

Ini telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu kenyataan.

Ked…