Ketua Umno Cawangan Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Azalina Othman supaya membuktikan beliau sebagai wanita sejati dalam usaha memulihkan imej Umno.

Azalina ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, mencabar sesiapa yang mengkritik parti perlu keluar dari Umno yang seakan ditujukan kepada mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamed.

Azalina Othman, mengesyorkan Tun Mahathir supaya keluar daripada parti UMNO dianggap kenyataan kebudak-budakan dan amat biadab. Azalina menyatakan bahawa Tun Mahathir perlu menjadi seorang lelaki yang sejati tetapi Azalina tidak pernah memandang dirinya sama ada beliau seorang wanita yang sejati. Jika Azalina mahu membuktikan beliau seorang wanita yang sejati, beliau perlu memainkan peranan untuk menegur kecacatan dalam kepimpinan umno sekarang ini, kata Syed Saifuddin Syed Harman.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.