Posts

Showing posts from December, 2015

Azalina, buktikan anda wanita sejati

Image
Ketua Umno Cawangan Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Azalina Othman supaya membuktikan beliau sebagai wanita sejati dalam usaha memulihkan imej Umno.

Azalina ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, mencabar sesiapa yang mengkritik parti perlu keluar dari Umno yang seakan ditujukan kepada mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamed.

Azalina Othman, mengesyorkan Tun Mahathir supaya keluar daripada parti UMNO dianggap kenyataan kebudak-budakan dan amat biadab. Azalina menyatakan bahawa Tun Mahathir perlu menjadi seorang lelaki yang sejati tetapi Azalina tidak pernah memandang dirinya sama ada beliau seorang wanita yang sejati.Jika Azalina mahu membuktikan beliau seorang wanita yang sejati, beliau perlu memainkan peranan untuk menegur kecacatan dalam kepimpinan umno sekarang ini, kata Syed Saifuddin Syed Harman.



Ketua Wanita boleh jahit pakaian pramugari, tomboy umno?

KUALA LUMPUR - Perwakilan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus melahirkan kekecewaan terhadap konsep syarikat penerbangan milik Kerajaan Malaysia Airlines (MAS) yang masih menghidangkan arak dan mengekalkan konsep pakaian pramugari yang mencolok mata. Menurutnya, syarikat MAS yang berada di bawah pentadbiran kerajaan perlu segera merubah paten dan konsep syarikat penerbangan itu. "Dalam memperkatakan Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, satu yang menjadi kehairanan saya iaitu syarikat MAS milik kerajaan membenarkan lagi penghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak sesuai.