UMNO dan PKR pengkhianat rakyat Sabah


Nurul Izzah nyata sekali menyakiti hati orang Sabah. Ketika Sabahan begitu membenci kesultanan sulu yang menceroboh Sabah, dia ni pula sedap-sedap pergi berjumpa dengan musuh utama orang Sabah. Saya yakin semua rakyat Sabah mempunyai perasaan yang benci kepada Nurul Izzah. Nurul Izzah adalah rakan kepada musuh kami. Mana-mana pemimpin yang mempunyai hubungan dengan musuh orang Sabah, secara automatik pemimpin tersebut juga merupakan musuh kami.

Kalau pemimpin UMNO pernah berjumpa dengan Kiram, awak Nurul Izzah jangan mengulangi perkara yang sama. Kalau diketahui UMNO dalang memberikan IC kepada ketua penceroboh di Lahad datu Sabah, janganlah pula Nurul Izzah bagi harapan kepada Jecal Kiram. Awak sebagai seorang pemimpin memerlukan rakyat untuk terus hidup. Tanpa undi rakyat anda sudah mati. Saya harap sabahan khususnya yang menyokong PKR dengan serta merta meninggalkan PKR. Perjuangan PKR tidak jelas. Mereka hanya asyik berkempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim.



Sokonglah Barisan Nasional.Walaupun pemimpinnya perompak nombor satu tetapi mereka masih menjaga keselamatan rakyat Sabah.



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong