Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Dua Dari Tujuh Orang Kanak-Kanak Orang Asli Yang Hilang Ditemui Selamat


Memetik laporan The Star, mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, yang merupakan kanak-kanak paling tua di antara mereka yang hilang dari SK Tohoi pada 23 Ogos.

Semasa dijumpai mereka berada dalam keadaan lemah kerana kekurangan zat makanan dan dihantar ke hospital besar Gua Musang selepas 47 hari hilang dengan hanya meminum air sungai dan memakan tumbuhan..

Berita Harian:

Netizen lega dua kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat
Berita dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat tengah hari tadi disambut lega oleh netizen. Kebanyakan mereka menganggap penemuan dua murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang itu sebagai keajaiban berikutan mereka hidup di dalam hutan tanpa bekalan makanan dan air bersih selama 47 hari. Tidak kurang ada yang mengatakan kejadian itu sebagai misteri dan mistik kerana lokasi penemuan mangsa sudah pun dimasuki oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum ini.

Berikut antara komen netizen dalam laman Facebook BH Online sejurus berita penemuan itu dikongsikan kepada umum. "Orang Asli ni memang terror bab hutan.. kalau mandi sungai tu memang aktiviti harian mereka. Bila duduk asrama terkurung...tu boring agak nya...tapi mungkin ada kejadian mistik. Hanya Allah yang mengetahui," kata Nurul Huda Harun. Hazzliff Ghazali pula berkata: "Hampir dua bulan tak makan...kawasan tu pasukan penyelamat cari tak jumpa... heran baru hari ini jumpa. Mistik sungguh."

Malah ada yang menyifatkan kejadian itu ada kaitan dengan alam ghaib iaitu bunian. "Tak mustahil disorok bunian...," kata Noraz Azmi Siti NoraZeemah. Sementara itu, netizen juga menzahirkan rasa syukur dengan penemuan itu dan berharap kes itu dapat diselesaikan dengan segera. Mbr Vers berkata: "Alhamdulillah... dengan penemuan ini akan merungkai segala teka-teki selama ini. Mudah-mudahan." Karifah Hussin pula berkata: "Syukur Alhamdullillah... moga dipermudahkan yang selebihnya... Semoga Allah memberi petunjuk secepat mungkin."

Di sebalik keajaiban penemuan murid itu, netizen juga meluahkan rasa kagum dengan semangat kanak-kanak berkenaan yang mampu bertahan walaupun tanpa bekalan makanan. "Kalau anak orang bandar hilang sampai sebulan lebih tak tahu apa akan jadi... yang berusia sedikit dapat bertahan.

Manakala yang lebih muda meninggal. Apalah sangat kudrat budak-budak nak melawan kuasa alam... sebulan lebih hilang dalam hutan tapi masih mampu bertahan kuat betul semangat mereka... moga mereka cepat sembuh," tulis Ijal Jal.

Dalam pada itu, Salee Aliee berharap kejadian itu akan disiasat secara telus oleh pihak polis dan misteri kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli itu akan terungkai tidak lama lagi dengan penemuan dua kanak-kanak itu.

Kebanyakan netizen juga berharap dua lagi mangsa yang masih hilang ditemui dengan selamat. Nurul Jasmin berkata:"Tiga sudah meninggal dunia. Dua lagi selamat. Baki dua lagi masih hilang. Semoga ditemui dalam keadaan selamat." "Merungkai dua lagi yang belum ditemui... mudah-mudahan segera berkesudahan," tulis Siti Zainab Maarof.

Terdahulu, BH Online melaporkan dua kanak-kanak Orang Asli ditemui dalam selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia. Dua mangsa itu dikenali sebagai Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, manakala kanak-kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya. Ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi. Penemuan ketiga ini menjadikan semua lima mangsa ditemui daripada tujuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang.

Akhbar sebelum ini melaporkan gara-gara takut didenda guru kerana mandi sungai, tujuh murid Orang Asli berkenaan dikhuatiri sesat dan hilang apabila melarikan diri masuk ke dalam hutan di Pos Tohoi pada 23 Ogos lalu. Mereka yang hilang ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang semuanya tinggal di asrama.

Mangsa pertama ditemui pasukan mencari dan menyelamat kelmarin dan semalam, keluarga kanak-kanak mengesahkan mayat berkenaan sebagai Sasa. -


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..