Mayat disimen dalam tong dram


Subang Jaya : Mayat yang belum dikenal pasti identiti dijumpai dalam keadaan disimen dalam tong dram di Persiaran Subang Mewah, di sini, pagi tadi.

Mayat itu ditemui di lokasi di mana Pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) berada di situ, dipercayai ada kaitan dengan kes culik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 8.41 pagi dan sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.

"Ada mangsa yang tertimbus di dalam tong dram dan kerja bantuan memecahkan konkrit sedang dilakukan anggota bomba. -Hmetro.com.my

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'