Gambar Hiasan

TAWAU : Mayat seorang lelaki yang dibaham buaya di Sungai Kalabakan dekat sini semalam ditemui pada tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata mayat Rusman Udin, 30, dijumpai dalam keadaan terapung-apung di dalam sungai kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata mayat kemudiannya dibawa ke rumah mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pasukan bomba sukarela serta penduduk kampung, katanya.

Serangan buaya itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.40 malam ketika mangsa mandi di sungai berkenaan. — BERNAMA



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.