Kevin Morais: Polis cari dua lelaki


Polis sedang mencari dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mereka ialah M. Vishwanath, 24; dan R. Dinishwaran, 22.
   
"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat di talian 012-3482737," katanya ketika dihubungi.
   
Tujuh individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes itu.
   
Mayat Kevin, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.    
   
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WA6264Q. - Bernama


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'