Benarkah Najib jujur seperti yang dikatakan oleh Salleh Keruak?


Salleh Said Keruak berpendapat amanat Hari Kebangsaan 2015 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ambang kemerdekaan bersifat jujur dan berterus-terang, khususnya berkaitan kedudukan ekonomi negara. Walau bagaimanapun kejujuran Perdana Menteri hanya menjurus kepada laporan kedudukan ekonomi sahaja.

Sejak akhir-akhir ini, apabila pergi ke kedai kopi, tidak lain tidak bukan kata orang Sabah, semua cerita berkisar kepada Najib dan 2.6 bilion. Bukan sahaja orang cina yang cakap tetapi pakcik-pakcik di kalangan bumiputera juga sibuk bercerita tentang Najib dan 2.6 bilion. Meja depan, sisi dan belakang semua cerita tentang 2.6 bilion. Ini menunjukkan pengunjung kedai kopi begitu tertarik dengan isu 2.6 bilion.

Hasil kesimpulan daripada cerita kedai kopi, daripada 10 meja yang bercerita tentang Perdana Menteri dan 2.6 bilion, kesepuluh meja itu berpendapat Perdana Menteri tidak jujur. Kalau benar Perdana Menteri jujur, kenapa tidak bagi tahu awal-awal 2.6 bilion melalui mulutnya sendiri sebelum orang lain kata orang kedai kopi.

Apapun Salleh Keruak tidak perlu risau sangat dengan orang Sabah. Kebanyakan orang Sabah tidak tahu erti hidup susah kerana kebanyakan rakyat Sabah memang pun hidup susah. Tiada kilang kereta, tiada GM Plaza, Tiada Low Yat 2, tiada kilang panasonic, pendek cerita tidak ada peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding rakyat di semenanjung. Meminjam kata-kata Datuk Haris Salleh pada suatu ketika dahulu yang membolehkan beliau begitu berkuasa di Sabah iaitu Orang Dusun senang disusun, orang Murut senang di urut, orang Bajau senang dikacau,.. untuk kaum lain yang tidak disebut oleh datuk Haris Salleh, pandai-pandailah merayu, menguis,..merupakan harapan buat Barisan Nasional untuk terus berkuasa di Sabah. 


Semoga Perdana Menteri mendapat kepercayaan sebelum pilihanraya yang ke 14.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.