Satu laporan polis dibuat terhadap kehilangan seorang timbalan pendakwa raya yang pernah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan laporan orang hilang dibuat di Balai Polis Jinjang semalam.

Timbalan pendakwa raya itu dikenali sebagai Kevin Morais.

Seorang jurucakap SPRM pula memaklumkan Malaysiakini, Morais sudah kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara "lebih setahun lalu".

Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta untuk pergi bekerja pada pagi Jumaat, lapor The Rakyat Post reported.

Beliau menaiki kenderaan disediakan untuk pegawai kerajaan, menggunakan nombor pendaftaran WA 6264 Q. - Malaysiakini

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.